"Mereka rela berada bersama orang- orang yang tidak pergi berperang" (At-Taubah: 87)
Saat paling berbahaya bagi akal adalah manakala pemiliknya menganggur dan tak berbuat apa-apa. Orang seperti itu, ibarat mobil yang berjalan dan kecapetan tinggi tanpa sopir, akan mudah oleng ke kanan dan ke kiri.
Bila pada suatu hari anda mendapatkan diri anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah dan cemas! Sebab, dalam keadaan kosong itulah pikiran anda akan merewang ke mana- mana; mulai dari mengingat masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tahu. Dan itu, membuat akal pikiran anda tak terkendali dan mudah lepas kontrol. Adalah lebih baik kita tidak membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan membunuh diri dan merosak tubuh dengan narkoba.
Waktu kosong itu tidah ubahnya dengan siksaan halus ala penjara Cina; meletakkan si narapidana di bawah pipa air yang hanya dapat meneteskan air satu tetes seminit selama bertahun2. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang napi akan menjadi stress dan gila. (Taken from: La Tahzan- Jangan Bersedih, Dr. 'Aigh al-Qarni)
Barulah aku tahu bahawa berdiam diri x buat apa- apa tu sangat lah memenatkan seperti di hukum penjara. Buku ini membuat aku sedar, dengan nikmat Tuhan yang bernilai ini tiada guna jika kita hanya meriba tangan tak berbuat sesuatu. Dulu aku pernah terfikir untuk menjadi kaya raya, duit berbriefcase2, emas 1 bilik, supaya aku x payah kerja dan hanya menikmati luxurious life. Tapi semua tu bukan nikmat sebenar dlm hidup. Manusia ni dah in born with nature sukakan sesuatu untuk dilakukan dan memuaskan hati dengan usaha sendiri.
Patut lah aku rasa sangat tertekan dengan cuti yang panjang dan hanya makan dan tidur tanpa segan silu. Adakah aku akan berterusan begini? Sesungguhnya aku membencinya. Buku ini membuatkan aku berfikir, adakah aku sanggup menukarkan waktu tidur dengan segunung emas ataupun sepasang mata dengan selautan perak. Mestilah jawapannya NO WAY! Jadi beruntunglah aku kerana tidak memiliki kecacat celaan fizikal dan seharusnya digantikan untuk berbakti kepada ecosystem.
Saat ini aku mula berfikir, apakah kerja yang berfaedah yang harus aku habisin sepanjang cuti yang membosankan ni? Supaya aku kurangkan memikirkan kehendak yang tidak pernah puas dlm hati ni?Any idea?

No comments:
Post a Comment